Peluang Kerjaya Menerusi Biokerjaya@My Future Agro

Kuala Lumpur: Program Biokerjaya@My Future Agro yang dilaksanakan Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bio-economy Corporation) berupaya menjadi platform tepat buat golongan mudayang masih mencari peluang pekerjaan terutama ketika tempoh pandemikini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata, antara matlamat utama program Biokerjaya@My Future Agro adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada semua peserta supaya mereka mempunyai pekerjaan dalam tempoh yang mencabar ini.

“Di samping itu, kami juga mahu memberikan motivasi kepada peserta untuk sentiasa meningkatkan kemahiran diri dengan pengetahuan dan kemajuan teknologi terkini, supaya mereka mampu kekal relevan dan memenuhi permintaan pasaran kerja.

“Biokerjaya@My Future Agro dan program latihan lain di bawah program BioAcademy membolehkan mereka melaksanakannya kerana Jatihan berkaitan memberi tumpuan kepada penerimaan dan aplikasi teknologi di tempat kerja.

“Ini sejajar dengan aspirasi dan usaha kerajaan dalam memodenkan industri sedia ada. Misalnya, penggunaan amalan peladangan moden dalam pertanian terus berkembang untuk bergelar negara maju yang dipacu oleh industri berasaskan teknologi,” katanya dalam kenyataan.

Biokerjaya@My ‘Future Agro dikendalikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) mula dilaksanakan pada Oktober 2020 di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). Menurutnya, selain penempatan pekerjaan dan penambahbaikan kemahiran peserta, program ini menggalakkan peserta untuk bersikap terbuka dalam memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu dalam bidang yang mungkin tidak menjadi kebiasaan sebelum ini seperti bioteknologi, teknologi berasaskan bio atau teknologi pertanian.

“Pemikiran ini sememangnya penting supaya peserta dan negara mampu melangkah ke hadapan dan berkembang maju dalam dunia yang pantas berubah. “Menerusi program ini, peserta akan menyedari ba- hawa bidang ini tidak sukar untuk diterokai,” katanya. Maklumat lanjut mengenai Biokerjaya@My Future Agro boleh dilayari menerusi https://biokerjaya.my.