Biokerjaya @ My Future Agro lahir tenaga kerjamahir

PROGRAM Biokerjaya @ My Future Agro menjadi salah satu aspirasi kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja mahir terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAF),Datuk Seri Dr.Ronald Kiandee berkata, program berkenaan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan berkemahiran sekaligus membuka laluan kepada rakyat meraih pendapat lebih stabil serta melabur dalam pemakanan, kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Katanya dalam jangka panjang program itu dijangka berupaya mewujudkan tenaga kerja mahir dan berpengalaman dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi dan berkualiti terutamanya semasa krisis seperti pandemik Covid-19.

“Ia bukan sahaja menyumbang kepada bekalan makanan negara tetapi turut meningkatkan produktiviti, prestasi ekonomi dan kesejahteraan bersama,” katanya pada pelancaran program berkenaan baru-baru ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Mohd Khairul Fidza] Abdul Razak.

Biokerjaya @ My Future Agro merupakan inisiatif dilaksanakan Bioeconomy Corporation di bawah MAFI yang memfokus

Secara keseluruhan, program ini bukan sahaja menyumbang kepada bekalan makanan negara malah menyumbang kepada peningkatan produktiviti…”

Kepada pembangunan modal insan. Antara lainia bertujuan merancakkan dan melindungi sektor agromakanan daripada impak pandemik.

Sementara itu, Mohd Khairul memaklumkan syarikat yang bekerjasama dalam program itu bukan sahaja mampu meneruskan pengambilan pekerja malah dapat mengukuhkan tenaga kerja dengan menggaji dan memberikan latihan kepada peserta.

Dianggarkan seramai 2,958 pencari kerja berdaftar dengan portal Biokerjaya @ My Future Agro yang juga program inisiatif Mobiliti Tenaga Kerja Agromakanan di bawah PENJANA sepanjang tahun lalu.